Thursday, May 31, 2007

love is all there is... :x

Now for you there is no rain
For one is shelter to the other

Now for you there is no darkness
For one is counsel to the other

Now for you there is no pain
For one is comfort to the other

Now for you there is no night
For one is light to the other

Now for you there is no cold
For one is warmth to the other

And now there is always one
And now there is no loneliness

Now, forever, forever you are as one
There are two bodies

But now there is only one heart in both
And you are as one person

ermm...im feeling nervous, happy, anxious, excited etc etc...so much things to do and so little time to complete...wuhuuuuuuuu ;p hopefully everything is ok

Labels:

Wednesday, May 30, 2007

Aduan Kenaikan Harga Barang...

I like this entry...wuhuuuuuuuuuuuu ;p

+++++-----+++++

Aduan Kenaikan Harga Barang...

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
E-aduan dari laman web:
www.kpdnhep.gov.my
Hotline: 1-800-886-800
Aduan melalui SMS 32255


Untuk membuat aduan pengguna perlu menghantar SMS ADU ke 32255

Format: ADU

Contoh: ADU Penipuan Harga, Siti Cafe, 28, Jalan Tuti, Kluang, Johor 07-6245268
Hantar SMS ke 32255

Labels:

Friday, May 25, 2007

woahhahahahuhuhuhu...

stumbled upon this article at :- click here

i think the writer has a very good point to stress out...happy reading ;)

+++++----+++++
Forum

Rintihan orang muda

SAYA adalah seorang rakyat Malaysia yang berusia 22 tahun. Saya sudah bekerja. Bangga saya menyatakan, dalam usia ini, saya membelanjakan 50 peratus atau kadangkala sehingga 70 peratus wang gaji saya untuk kegunaan ahli keluarga yang lain.

Ibu dan bapa saya sudah tidak bekerja dan saya mempunyai dua orang adik yang masih bersekolah.

Saya selalu memikirkan jalan untuk membuat dua atau lebih kerja dalam satu masa untuk menjana ekonomi yang lebih baik.

Bekerja di kota metropolitan dengan pendapatan lebih kurang RM2,000 sebulan, saya bersyukur kerana masih mampu hidup dengan agak sempurna. Tapi itu dahulu.

Inilah rintihan hati saya - anak Malaysia. Dahulu, dengan berbesar hati saya menghulurkan wang pada ibu untuk membeli keperluan dapur dan membayar bil-bil tertunggak.

Kini, sebelum menghulurkan wang, saya selalu bersedih. Semuanya kerana mengenangkan harga barang yang telah naik. Saya merasakan hidup semakin susah. Mungkin segelintir daripada anda tidak merasakan beban ini kerana saya nampak ramai warga kota memiliki dua kereta.

Atau mungkin bagi anda yang bekerja kerajaan, anda tidak perlu gusar kerana gaji telah naik dan ada elaun perjalanan, rumah dan sara hidup. Sedangkan pekerja swasta seperti saya, tidak.

Sekarang ini, rakyat Malaysia selalu dinasihatkan supaya berjimat cermat. Sememangnya saya hanya membeli barang yang perlu sahaja. Sekarang pun, ibu sudah tidak beli coklat untuk adik-adik. Kerana wang untuk beli coklat sudah digunakan untuk membeli barang keperluan penting yang sudah dinaikkan harga. Kenapa ini semua terjadi? Saya sangat kecewa.

Saya bukan meminta nasib saya atau rakyat Malaysia yang senasib dibela. Saya cuma harapkan pengertian dan pertimbangan supaya kami juga dapat hidup selesa.

Saya faham, kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak untuk kemudahan rakyat. Bank-bank juga menyediakan perkhidmatan pinjaman bank. Adakah ini bermakna, dengan kenaikan harga barang, tol, minyak kenderaan dan minyak masak, kami digalakkan untuk mengambil pinjaman bank? Dan adakah kami layak? Tidak.

Yang layak hanya yang berpendapatan tinggi dan mampu hidup senang.
Kita juga sudah maklum dengan isu kad kredit yang melanda baru-baru ini. Kita tidak perlu terlalu menuding jari dan nampak mereka menggunakan kad kredit untuk kemewahan semata-mata. Sebahagian terpaksa menggunakan kad kredit hanya untuk membeli barang keperluan dapur.

Percaya atau tidak, saya sendiri sudah terlalu berkira untuk makan. Mana-mana tempat yang saya pergi, semua mengenakan cukai perkhidmatan. Kedai makan terutamanya. Adakah pihak berkenaan memantau, restoran mana yang layak dan tidak layak mengenakan cukai?

Untuk membeli setin air berkarbonat juga dikenakan cukai. Itu bukan restoran mewah atau hotel.

Dahulu, saya mampu merehatkan diri dengan urutan kaki refleksologi. Sekarang, perkhidmatan tersebut juga mengenakan cukai.

Bagaimana saya mahu menyambut seruan kerajaan supaya berjimat cermat sedangkan mereka ‘memaksa’ saya membayar cukai untuk segala-galanya?
Jika dalam sehari, saya terpaksa mengeluarkan RM10 untuk membayar cukai perkhidmatan, bayangkan dalam sebulan berapa? Bukankah saya dapat gunakan wang itu untuk menyimpan? Atau membayar wang pengajian saya?
Kepada sesiapa sahaja yang selalu menuduh golongan kami sebagai pemboros, anda berhentilah menyuruh kami berjimat cermat.

Saya sedih dan terlalu kecewa. Anda tidak tahu liku-liku kehidupan kami. Anda janganlah sewenang-wenangnya memberi nasihat. Nasihat itu baik, tetapi jika tidak kena gaya dan cara, memang meloyakan.

Saya bukan mahu dianggap pandai, sekadar mahu luahan hati saya ini dihormati. Ambillah inisiatif dan perbetulkanlah keadaan.

– 22, Kuala Lumpur.

Labels:

Tuesday, May 22, 2007

Bad people...

Yes, bad people are everywhere...

Hari tu rumah oppa kene masuk perompak*
Semalam rumah my sista pulak kene masuk pencuri*

Huhuhu...life getting worse day by day...
Tak tau la nape ramai sgt orang jahat skang ni...

Sampai oppa pun terus tawar hati kalau nak pegi honeymoon ke Bali, Indonesia atau daerah2 lain di negara itu sbb perompak yang masuk rumah dia haritu mmg warga dan kerakyatan negara tersebut...masih fobia katanye..

hermmm...

Sarikata ;p
*perompak - org jahat yg merempuh masuk ke kediaman mangsa dan dengan kehadiran mangsa...
*pencuri - org jahat yang merempuh masuk ke kediaman mangsa dan mangsa tiada pada ketika itu...

Labels:

Monday, May 21, 2007

War Games Promotion !!~

Promotion price from RM30 (student) RM35 (Normal)*

*Package includes :-
i) Marker
ii) Face Mask
iii) 100 pallets
iv) Body armor
v) Field rental

*terms & conditions apply....Interested?? kindly contact :-

FAIZAL - 013-3883966 (Oppa)
ADI - 012-7678456
Email - Nur Adventure Services (
nas@pangsun.com)

Website : www.pangsun.com

Labels:

Thursday, May 17, 2007

naik grade...

friends in other department were already upgraded...they got their salary adjustment from Jan 2007...

but we (yamin, reena & i) are stil waiting to be upgraded ;'( uhhuuh...

now, i know how K.Aniza /Sam n Reza felt last time when most of their batch were already upgraded leaving them far behind....

ape nak jadi dgn department ni???? huhuuhu...

takde rezki agaknye...perlu percaya pada rezki Tuhan...

Labels:

Monday, May 14, 2007

menantu tan sri??

haha ;p

title yg agak menarik...

merajuk dengan oppa sepanjang weekend yg lepas...but thank God today hari ini ade tan sri-tan sri yang menceriakan suasana hari saya :p

dari pagi sangat sibuk dengan duty sebagai usherette utk tetamu2 VVIP…memandangkan hari ini company saya membuat pelancaran yang dirasmikan oleh DPM, makanya ramaila media-media datang beserta dengan tetamu-tetamu VVIP dari GLC yang lain….

Semalam dpt sms dari bos kecil "Instruction from Big-boss (name not disclosed here) pls come to office by 730am-pls wear your best corporate attire"

Jadinya pagi tadi terpaksala bangun terlebih awal dan bergegas-gegas siap ke office…dan memakai heels baru yang sangat hebat kesakitannye…biasalaa org ckp nak cantik kene la sakit kan?? :p kalau ikutkan hati…mahu saja pakai kasut flat esarli yang dipakai semasa berada di dalam tren…tetapi tak boleh la..hilangla keayuan gadis melayu…

Duty hari ini telah ditukar oleh bos besar dari duty di tingkat 55 – BOD meeting room kepada duty di lobby menunggu kehadiran tetamu-tetamu yang telah diundang bagai nak rak beserta RSVP minggu lalu…

Menunggulah dengan setia seorang pengurus dan pen. pengurus (saya la tu :p) di lobby Menara Company kami yang tersergam indah ini…

Pengurus seorang ini sangat efficient, dia telah photostatkan kami nama senarai VVIP yang akan hadir beserta dengan gamba passport mereka..;p bagus betul!!~ I like ;p so at least senangla kami nak identify yang mana btul2 VVIP atau hanya sekadar berlagak VVIP saja…hihiihihi…

Kami take turn...seorang vvip muncul seorang perlu meng'usher' sehingga ke tempat they should be sited. VVIP pertama Tan Sri Adam Kadir – Chairman Pos Malaysia tiba. Kemudian Tan Sri Zuki pula muncul (Chairman I &P ) and at the same time Dato' Munir MAS pon tiba. Oleh kerana kawan seorang ini sibuk mahu mengusher Tan Sri Zuki – mungkin kerana wajah comelnya saya biarkan aja :p saya pon terus meluru ke Dato' Munir takut dia pergi ke lokasi yang salah…aduhai sungguh laju saya perlu mengejar Dato' Munir ini…dia berjalan sungguh pantas…saya terpaksa mengikut rentaknya w.pon memakai heels yang sgt tidak best tetapi cantik ini :p hanya 3 4 perkara saja yang kami bualkan…kawan yang seorang ini berceritera dgn gembira perjalanannya membawa tan sri zuki ke multi purpose hall (MPH) yang tidak sampai 2 minit tu pun dipenuhi dengan tawa ceria…sgt menarik :p

Kami pon menunggu lagi kunjungan VVIP yang lain..tetapi kali seperti menunggu bulan jatuh ke riba…rupe-rupenye Executive Director seorang ini tidak dpt menghadirkan diri disebabkan mesyuarat tergemparnya bersama CEO companynya….tappela pengurus dan saya terus ke MPH mahu melihat gimmick launching kali ini…heart berwarna pink berdegup2 sangat comel ;) sayaaa sukeee!!~

Habis pelancaran dan perasmian, duty saya untuk menginform VVIP tersebut bahawa lunch disediakan di tingkat 50…oleh kerana mereka mana biasa dengan bangunan company saya ini, makanya saya terpaksala membawa mereka menaiki lif VVIP utk terus ke Seminar Hall…disinilah perbualan bermula…

Tan Sri A : u dah brape lama kerja disini
Me : Almost 3 years..
Tan Sri A : Habis uni terus kerja??
Me : Yerp, actually I'm their scholar…
Tan Sri A : Oh ye ka?? I pon baru 4 tahun keluar uni
Me (dlm hati) : Thaaa….4 tahun sgt la kan…

hahahaa Then Tan Sri Zuki pulak sambung

Tan Sri Zuki : I am 71 years old
Me : 71?? Woah you look younger than that (PR kan :p perlulah bermulut manis..but mmg nampak muda skit la dari 71 tuuu)
Tan Sri Zuki : oh thanks..

Tan Sri A : How old are you??
Me : 25 (Dalam hati – nak je aku tanya siapa dia ni…tapi karang kalau tanye termalu sendrik pulak…so layankan ajaa)
Tan Sri A : Married??
Me : Soon to get married (tapi dorang mcm tak dgr sbb sibuk naik lif)
Tan Sri A: Actually Tan Sri Zuki is looking a candidate for his son
Me : smile…tapi dalam hati (hahahaha! Lawak la atuk2 ni:p)
Tan Sri A: Tapi untuk diri dia pon ok jugak :p Tu ada sweet lady tu…bla bla blaa….
Tan Sri Zuki : Eh mana boleh…I am 71…I have a lots of other social responsibilities to do

Hahahah…seme orang dlm lif ketawa…

Dato' Munir MAS maintain je serious dlm lif :p Then sampai ke Level 50, saya pon mempersilakan la tetamu-tetamu VVIP ni keluar…then tibe-tibe tergerak la nak tengok kertas balik sape la tan sri yang byk sgt ckp tu…rupe2nya tan sri adam kadir…hahhaha nasibbaik tak tanye tadi org tu dari mana…

Anyway kalau dpt kawin ngn anak tan sri btul2 pon best jugak kan…w.pon mereka main2 tapi saya terhibur sbb dorang ni macam atuk2 saya :> :x kekekeke….

Psstt: tamo kawan ngn oppa…oppa pon bukannye sayang saya :'(

Labels:

Saturday, May 05, 2007

*o_0*

oppa was not feeling very very well yesterday...as i entered his car, bau ubat ubatan hospital terus menusuk kalbu dan segala urat saraf :p (exaggerate skit).....
tapi terpaksa keluar jugak to buy his new hp...
reasons being:-
hp lama
1) kene curik dengan perompak bersenjata bukan rakyat tempatan yg masuk rumah oppa
2) then kasik pinjam my hp...hp tu pulak oppa tak sengaja jatuhkan dlm kolam renang umah nenek yang terletak bersebelahan rumah oppa :'(
3) susah sgt nak call oppa...so i decided that oppa needs to have a new hp (the cheapest one will do =p sbb kalau ade rezki ade org nak belikan oppa Sony Ericsson K800i 3.2mp idaman oppa ;p dalam 2 3 bulan lagi...wah untungnye oppa!!~ ihikss..

oppa,
get well soon...hopefully today you will be OK for the rest of the day...

Love you so much ;x

++++-----++++

Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

hint:kalau oppa bley nyanyi lagu ni sambil main gitar mmg saya akan cairrr gileerr :p :x

Labels: